Assalamualaikum dan hai semua pembaca Hello Dakten!
Hari ni Dakten nak kongsi satu kisah benar daripada seorang klien yang melalui sedikit kesukaran bila melibatkan medical report dan tuntutan GL (Guarantee Letter). Moga kisah ni jadi pengajaran dan panduan untuk korang semua.
🚨 Mula-mula Warded, GL Declined! 😓
Kisahnya bermula bila klien ni dimasukkan ke wad buat kali pertama sebab demam denggi. Tapi bila GL dihantar kepada panel insurans, sayangnya GL ditolak. Alasannya? "Diagnosis UTI (urinary tract infection), bukan denggi."
Terkejutlah klien kita ni. Sebab dia tahu betul-betul dia masuk wad sebab denggi, bukan UTI. Bila disemak semula, rupanya doktor tersilap tulis diagnosis dalam laporan! 😱
Nasib baik doktor sudi amend semula medical report, dan bila dihantar balik, barulah GL diluluskan oleh insurans. Fuh, lega!
🔥 Warded Kali Kedua, Tapi GL Masih Ditolak… Kenapa Lagi?
Beberapa ketika selepas itu, klien ni sekali lagi perlu dimasukkan ke wad – kali ni sebab jangkitan kuman. Kali ni lebih bersedia dan hantar GL awal-awal. Tapi... GL tetap ditolak!
Bila disiasat semula, rupanya sistem insurans trigger balik kes lama yang pernah GL ditolak dulu (masa diagnosis silap tu). Jadi walaupun kes ni kes baru, sistem automatik anggap ia berisiko. 😔
💸 Bila Kena Bayar Dulu, Baru Claim Balik...
Disebabkan GL gagal lagi, klien tiada pilihan lain — kena bayar dulu kos rawatan, dan mulakan proses pay & claim.
Kat sinilah peranan Dakten bermula: bantu urus semua dokumen penting, termasuk:
✅ Dapatkan semula semua laporan perubatan
✅ Follow up dengan doktor dan hospital
✅ Semak dan pastikan dokumen lengkap
Dan percayalah, proses ni tak semudah yang disangka. Tengoklah timeline ni:
🩺 Dari tahun 2019 hingga 2024, 7 doktor terlibat, setiap satu ada status berbeza – ada yang pending form, ada yang perlu memo billing, ada pula tunggu rekod dari jabatan rekod perubatan.
🌟 Akhirnya… AIA Reimburse Semula Duit Klien! 🙌
Alhamdulillah, selepas usaha bertali arus, segala dokumen lengkap, dan laporan dari doktor berjaya dikumpul – AIA reimbursed semula semua bayaran hospital kepada klien.
Syukur sangat!
📌 Pengajaran: Jangan Ambil Ringan Isi Dalam Medical Report!
Kadang-kadang silap kecil seperti diagnosis tersalah tulis boleh beri kesan besar – bukan saja pada kelulusan GL, tapi juga reputasi kesihatan kita dalam sistem insurans.
- ✅ Semak betul-betul diagnosis.
- ✅ Simpan semua dokumen rawatan.
- ✅ Dapatkan bantuan profesional bila buat tuntutan.
Kalau korang ada pengalaman sama atau perlukan bantuan untuk urus medical report & tuntutan insurans, boleh DM Dakten. InshaAllah, kita bantu permudahkan urusan.
Jumpa lagi di cerita seterusnya!
#HelloDakten #MedicalClaim #ReportDoktor #TuntutanInsurans


Tiada ulasan:
Catat Ulasan