“Jantung Laju Lepas Badminton – Jangan Buat Main”

Assalamualaikum dan hai semua pembaca Hello Dakten!

Hari ni Dakten nak kongsi satu kisah benar daripada seorang klien yang mengalami degupan jantung berdegup laju walaupun telah berehat selama 2 jam.


Malam tu tengah scroll handphone, tiba-tiba masuk satu mesej WhatsApp.

Ansara (bukan nama sebenar):

“Ten… heartbeat aku laju gila. Dah 2 jam tak slow down lagi… Baru habis main badminton tadi.”

Aku baca, terus rasa tak sedap hati. Bukan sebab penat main, tapi sebab dah 2 jam berehat pun jantung tak normal balik. Itu bukan tanda biasa.

Aku terus reply, “Pergi emergency sekarang. Jangan tunggu. Jantung ni bukan benda main-main.”

Nasib baik dia dengar nasihat. Dia terus ke Hospital Tung Shin malam tu jugak.






Diagnosis awal:
Doktor suspect AVNRT – Atrioventricular Nodal Reentry Tachycardia.
Bahasa mudah: jantung ‘tersangkut’ dalam satu isyarat yang buat dia berdegup terlalu laju tanpa henti.



GL (Guarantee Letter) lulus.
Mujur semua urusan mudah dan cepat. Dapat rawatan awal.
Kalau lambat, boleh pengsan. Paling takut — serangan jantung mendadak.




Pengajaran?
Kalau jantung laju sangat lepas bersenam, tapi dah berehat pun tak surut — tolong jangan buat main.
Bukan semua berdebar tu sebab “penat je kot”.

Kalau rasa pelik dengan badan sendiri, dengar naluri tu. Pergi check.
Jangan tunggu sampai jadi parah.

Jaga diri. Jantung kita ni enjin utama. Bila dia ‘jem’, semua pun boleh berhenti.

Kalau anda ada polisi takaful dan tak pasti apa yang dilindungi — atau baru nak mula cari pelan perlindungan terbaik — jangan segan untuk hubungi Dakten. Saya sedia bantu anda dan keluarga buat pilihan yang bijak dan tepat.

Jumpa lagi dalam kisah seterusnya di Hello Dakten. 💙

Tiada ulasan:

Catat Ulasan